Thursday, March 3, 2016

Hawary Sport Centre : Autism Swim Exploration

Seorang "Alumni KKHS" , anak didik Kolej Komuniti Hulu Selangor yang berjaya dalam bidang yang diceburi. Kami , pensyarah-pensyarah dan bekas pensyarah2 KolejKomuniti Hulu Selangor khususnya, bangga dengan kejayaan mu Hamlatul Hawary Azizan. Seperti mana yang pernah dipesankan dahulu, "Kami hanya mampu memberikan sedikit kemahiran dan pengetahuan, landasan sudah dibuka, peluang ada di depan mata, terpulang kepada kamu semua pelajar2 KKHS khususnya pelajar2 Kursus Sijil Pelancongan & Pengembaraan untuk pergi lebih jauh dalam bidang2 yg dipilih". Walaupun dgn tajaan sendiri dan tekad yang jitu, teruskan usaha mu dalam mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa bagi projek "AUTISM SWIM EXPLORATION" di United Kingdom (01-13 Mac 2016), agar kelayakan/kemahiran yang diperolehi tersebut membawa jalan pencerahan kepada Kanak2 Istimewa (Autisma) di Malaysia.



No comments :

Post a Comment