Showing posts with label SKS. Show all posts
Showing posts with label SKS. Show all posts

Friday, May 25, 2018

Majlis Pra Graduan (SSK) 2018

Majlis Pra Graduan (SSK) 2018 dengan tema Vintage telah diadakan di Dorsett, Kuala Lumpur pada 14 Mei 2018 bagi meraikan pelajar Sijil Sistem Komputer & Rangkaian semester 3 yang akan menjalani Latihan Industri pada semester hadapan.

Dengan tagline heroes are remembered, legends never dies.. majlis makan malam ini berlangsung meriah dengan kehadiran 52 orang pelajar dan 9 orang pensyarah unit SSK.


















Taklimat Latihan Industri Sesi Mac 2018

25 Mei 18 - Taklimat Latihan Industri Ke-2 bersama 92 pelajar dari Program Sijil Sistem Komputer & Rangkaian dan Program Sijil Pelancongan & Pengembaraan.







Monday, February 19, 2018

Projek Akhir : Pendidikan Islam 2

Pelajar SSK 2 telah mengadakan lawatan ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur pada 12/2/2018 bagi memenuhi projek akhir subjek Pendidikan Islam 2. Mereka telah mengadakan aktiviti bersama-sama pelajar sekolah rendah seperti sukaneka dan sembang santai.








Lawatan Penyeliaan Latihan Industri Sesi Nov 2017

Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan - Pelajar SSK

Bangi Wonderland - Pelajar SPL
 
AsiaRasa Travel - Pelajar SPL

Big Asia Travel - Pelajar SPL

Wednesday, December 27, 2017

Lawatan ke Ekspo Negaraku

Ekspo Negaraku merupakan sebuah ekspo bertaraf antarabangsa dan julung kali diadakan di Malaysia yang memberi peluang kepada pengunjung mengetahui secara lebih jelas mengenai hala tuju pembangunan negara. Di samping itu, pengunjung akan ‘dibawa menerokai’ masa hadapan negara menerusi aplikasi teknologi interaktif di bawah 5 kubah dengan paparan visual 360 darjah.

Sehubungan itu, Unit Sijil Sistem Komputer & Rangkaian (SSK) telah membuat lawatan bagi memberi pendedahan tentang teknologi terkini bukan sahaja kepada pelajar, tetapi juga pensyarah.