Sukarelawan dari Kolej Komuniti Hulu Selangor seramai 9 orang bertemu pengunjung bagi menjayakan program Kempen Stuff The Bus 1Malaysia For Youth (IM4U) untuk membantu mangsa banjir dengan membeli barangan keperluan di Pasaraya AEON Rawang. Kempen yang dilaksanakan pada 10 Disember 2017 ini membolehkan orang ramai membantu mangsa banjir dengan membeli dan mendermakan barangan seperti bahan pencuci pelbagai guna dan pencuci pakaian, berus lantai serta beg sampah yang akan diguna untuk membersihkan kawasan terjejas banjir termasuk surau, masjid, sekolah dan pusat komuniti.
No comments :
Post a Comment